Introducing OUM Sabah Blog

Introducing OUM Sabah Blog
Your visit and suggestions are most welcome.

Sunday, July 13, 2008

KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN OUM KE JABATAN KETUA MENTERI SABAH

Berikutan dengan bangunan baru OUM Sabah yang telah siap dibina mengikut jadual, kunjungan hormat Presiden dan Timbalan Presiden OUM serta Pengarah OUM Sabah (En. Lamjin Atoh) ke Jabatan Ketua Menteri Sabah telah diadakan. Lawatan diadakan bertujuan untuk menjemput Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah (Dato' Hj. Musa Aman) ke Majlis Perasmian Bangunan Baru OUM Sabah pada 5 Ogos ini.







Monday, June 23, 2008

BANGUNAN OUM SEBELUM DAN SELEPAS




Bangunan OUM SABAH masih dalam proses pembinaan. Kawasan serta
tempat yang strategik merupakan faktor utama OUM diperkembangkan
dan sekaligus (hanya mengambil masa 10 minit dari Bandaraya Kota
Kinabalu dan 5 minit menuju ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA))
menjadikan ia Pusat One Stop Learning Centre yang mudah dikunjungi ramai.



Bertemakan tona warna biru, putih serta kelabu
sebagai menepati ciri-ciri, prestij
dan lambang
Open University Malaysia Sabah. Malah,
ianya
berobjektifkan
untuk melancarkan operasi pihak
pengurusan serta
proses pembelajaran dikalangan
para pelajar.





Pemandangan yang indah dan tenang digambarkan melalui pandangan
hadapan bangunan OUM Sabah. Jelas, hasil usaha dari pihak atasan
mahupun semua pihak yang terlibat amat penting
dalam
merealisasikan Bangunan Baru OUM Sabah.


PELANCARAN BANGUNAN OUM SABAH

Pelancaran Bangunan OUM SABAH yang baru akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman pada 5 Ogos 2008 jam 10.00 pagi. Sehubungan dengan itu, para pelajar OUM, tutor dan masyarakat disekitar Kota Kinabalu dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Majlis Perasmian tersebut.